Monday 10 September 2012

8 makanan Kekang nafsu makan

Kebanyakkan daripada kita tidak dapat mengawal nafsu makan yang besar.Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menurunkan berat badannya. Di sini saya ingin berkongsi tips bagaimana memilih makanan yang dapat mengurangkan nafsu makan dan seterusnya dapat menurunkan berat badan.

1. Epal
Semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air dan serat dapat menghasilkan signal kenyang di usus kecil. Buah epal merupakan sejenis buah yang dapat menghasilkan hormon GLP-1 yang mengirimkan signal ke otak untuk memujuk kita berfikir yang perut telah kenyang.Melalui penyelidikan juga, epal adalah sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Cuba amalkan memakan buah epal 15 minit sebelum makan untuk membantu mengawal nafsu makan.

2.Cili Merah
Melalui penyelidikan, setengah sudu kecil merah cincang yang dimasukkan ke dalam makanan dapat mengurangi nafsu makan. Pakar nutrisi mendapati capsaicin iaitu sebastian yang berperanan untuk memberikan rasa panas dan pedas pada cili dapat mengurangi rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.

3.Rumpai Laut
Pakar dari Belanda telah mendapati bahawa rumpai laut adalah serat makanan semula jadi yang dapat menghalang rasa lapar sehingga 30 peratus dan terus berasa kenyang sehingga waktu siang.

4.Teh Hijau
Menurut American Journal of Clinical Nutrition, teh hijau mengandungi katekin iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar kalori dengan lebih banyak. Selain itu, teh hijau juga mengandungi antioksidan tertentu yang diyakini memiliki kesan pada hormon leptin iaitu hormon yang berfungsi untuk mengendalikan nafsu makan. Mengamalkan minum teh hijau antara tiga hingga enam cawan setiap hari akan mempercepatkan tubuh membakar tenaga sel sehingga 40 peratus, di samping meningkatkan kadar pembakaran lemak.

5. Telur
Kandungan protein yang tinggi dalam  kalori berperanan mengawal berat badan. Menerusi laporan dari Jurnal American College of Nutrition, makan dua biji telur dadar untuk sarapan menyebabkan kita akan makan kurang kalori untuk sisa waktu makan yang berikutnya.

6.Limau Nipis atau Lemon
Lemon mengandungi pektin iaitu sejenis serat larut semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh dan melambatkan proses pencernaan sehingga kita berasa kenyang lebih lama.
Penyelidik Amerika Syarikat mendapati bahawa asid lemon dan pektin dapat melambatkan penyerapan gula setelah makan dan menghindari gula darah rendah yang dapat mengakibatkan keinginan untuk makan. Vitamin C dalam lemon juga membantu untuk menghasilkan karnitin, iaitu asid amino untuk mendorong tubuh untuk membakar lemak.

7.Air Putih
Sebuah kajian yang diterbitkan pada 2010 menyatakan bahawa minum air putih sebelum makan benar-benar dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

8.Bawang Putih
Para penyelidik mendapati bahawa kandungan alicin pada bawang putih yang bertanggungjawab memberikan bau menyengat dapat merangsang pusat kenyang di otak sekali gus mengurangi rasa lapar.
Bawang putih juga merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon seperti adrenalin, yang mempercepat kadar metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih banyak.

Rujukan Mingguan Wanita September 2012