Tuesday 17 July 2012

Bersihkan Diet Anda,Dan Bersihkan Kehidupan Anda

Petikan Majalah Rapi Julai'12.


Senaman dapat memberikan faedah yang besar kepada badan anda. Ditambah pula dengan bantuan amalan diet dan pemakanan yang betul. Apabila anda telah membuat keputusan untuk membuat suatu perubahan dalam gaya kehidupan anda, ini bermakna anda juga akan mengubah cara pemakanan anda untuk menjadi lebih sihat.




Senaman memberikan faedah kepada badan.


 Matlamat utama yang perlu anda ada ialah kesihatan. Kawalan berat badan anda dan aura keremajaan adalah antara hasil daripada kadar kesihatan yang optimum dan amalan pemakanan yang sihat. Elakkan dari mengamalkan diet yang ekstrem, diet rendah kalori dan diet yang menghalang anda dari mengambil makanan tertentu, seterusnya boleh menganggu fokus anda.
Piramid makanan yang diperlukan.


Berikut adalah beberapa panduan tentang amalan pemakanan yang sihat:


Elakkan memakan kalori kosong
  • Makanan ringan dan minuman manis adalah contoh utama makanan yang berkalori kosong. Makanan ini mempunyai kalori yang banyak tetapi tidak memberikan nutrien yang diperlukan. Selain itu, makanan ringan juga mempunyai kandungan garam dan lemak tidak sihat yang tinggi. Kesannya, ia boleh mengakibatkan penyakit untuk jangkamasa yang panjang.
Makan snek dan hidangan yang seimbang
  • Diet harian anda seharusnya terdiri daripada pilihan bijiran penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, protein tanpa lemak dan lemak sihat untuk memastikan anda mendapat vitamin-vitamin, mineral dan antioksidan dalam mengekalkan tenaga.
  • Anda akan berasa cepat letih dan marah apabila anda menahan diri daripada makan untuk sesuatu tempoh yang lama.Amalkan tabiat makan sekurang-kurangnya 4 kali sehari, 3 ke 4 jam antara setiap hidangan untuk memastikan tahap tenaga anda kekal konsisten. Makan buah-buahan dan kekacang mampu membuatkan anda kenyang dengan lebih lama dan memberikan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan anda.
Ambil hidangan semulajadi yang berwarna-warni
  • Antioksidan dapat menghalang radikal bebas, menjaga sistem imun anda dan memperlahankan proses penuaan. Makanan yang kaya dengan antioksidan ( iaitu karotenoid,flavanoids,vitamin A,D,E,zink,selenium ) boleh didapati dalam buah-buahan berwarna-warni dan sayur-sayuran,kekacang,bijirin,telur,ikan dan produk tenusu.
Kekalkan pengambilan karbohidrat kompleks
  • Karbohidrat sememangnya amat penting kerana ia memberi anda tenaga dalam kehidupan seharian. Bijirin gandum penuh,roti,beras perang dan sayur-sayuran ialah sumber karbohidrat kompleks. Makanan ini mampu membuatkan anda kenyang dalam tempoh yang lama dan memberi sumber tenaga yang berpanjangan dan konsisten, di samping mengawal pergerakan usus anda.


No comments:

Post a Comment