Saturday 16 June 2012

Rasulullah s.a.w Teladan Sepanjang Zaman

Petikan IK ISU04

Di dalam Islam,perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia.Ia merupakan satu ibadah dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Aktiviti perniagaan sebenarnya sangat digalakkan dalam agama Islam. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang menyokong aktiviti jual beli ini. Malahan Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud : "9/10 sumber rezeki itu adalah datangnya daripada perniagaan."(Hadis Riwayat Tirmizi).

Walaupun perniagaan merupakan suatu bidang yang penuh dengan risiko dan cabaran, di mana peniaga sentiasa berhadapan dengan kemungkinan mendapat untung atau rugi, namun naluri dan fitrah manusia tetap cenderung dan menginginkan keuntungan daripada sesuatu perniagaan itu. Justeru, tidak hairanlah terdapat sebahagian manusia yang sanggup melakukan apa sahaja cara, bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda.

No comments:

Post a Comment